Elitsa Todorova
Elitsa Todorova

Elitsa Todorova

Elitsa Todorova (Bahasa Bulgaria: Елица Тодорова) (lahir 2 September 1977) adalah seorang penyanyi dari Bulgaria. Beliau telah banyak kali mewakili negara beliau (Bulgaria) dalam pelbagai festival muzik sama ada antarabangsa mahupun dalam negara. Pada 2003, Elitsa Todorova mula bekerjasama dengan Stoyan Yankoulov dan pada 25 Februari 2007; lagu nukilan bersama mereka, "Boda" (Bahasa Bulgaria: Вода) memenangi pertandingan awam diadakan Bŭlgarska Natsionalna Televiziya sebelum dipilih mewakili Bulgaria dalam acara Pertandingan Lagu Eurovision tahun sama. Lagu tersebut menjadi satu-satunya lagu dari Bulgaria yang pernah ke pertandingan akhir pertandingan tersebut dan berjaya menempatkan diri di tangga kelima. Beliau digelar Mrs. Drums kerana persembahan beliau dengan percussion.[1]